Wednesday, 30 May 2012

1.1.3 PERBANDINGAN SISTEM FEUDAL EROPAH DENGAN JEPUN


1.1.3  PERBANDINGAN SISTEM FEUDAL EROPAH DENGAN JEPUN


Persamaan :

ASPEK
                                                                  HURAIAN
KONSEP
Satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semula jadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan.

PEMBINAAN MASYARAKAT
Dasar keturunan / system kelas

- golongan bangsawan diatas diikuti oleh tentera dan petani.

MOBILITI SOSIAL
Kurangnya perubahan status / kurangnya mobiliti sosial.

-Misalnya , jika dilahirkan sebagai petani maka dibesarkan sebagai petani ; sedangkan anak-anak bangsawan akan tetap menjadi bangsawan.

PEPERANGAN
Sering dilanda peperangan

-golongan knight dan samurai mempunyai peranan yang amat penting pada zaman Feudal.
-berkhidmat dengan golongan bangsawan dan terikat dengan undang-undang Feudal.
-KNIGHT : terikat dengan konsep chivalry
-SAMURAI : terikat dengan konsep bushido


PERALATAN PEPERANGAN
Menggunakan kuda , pedang dan baju perisai .

ASPEK
EROPAH
JEPUN
Baju perisai
Besi / disadur dengan besi
Logam / sutera / saduran logam
Bantuan
Menaiki kuda kerana baju perisai berat
Tak perlukan bantuan.




Perbezaan :


ASPEK
EROPAH
JEPUN
Pembinaan istana
Batu (melindungi mereka daripada serangan)

Kayu
Konsep undang-undang
Menekankan hak , undang-undang dan kewajipan .

Menekankan aspek moral(dipengaruhi etika China)
Perkongsian kuasa
Berkongsi kuasa dengan badan perwakilan .

Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatuyang mutlak.
Pemilikan tanah
Golongan knight mendapat tanah

-knight mendapat tanah sebagai bayaran member perkhidmatan ketenteraan.
-knight mengawal petani(serf) yang bekerja di tanah-tanah mereka.

Golongan samurai tidak mempunyai tanah

-Daimyo mengenakan cukai keatas petani untuk membayar gaji samurai dalam bentuk beras.
Penyatuan
Raja
Jeneral tentera


SEJARAH PENGGAL 1 STPM : subtopik dalam BAB 1 MASYARAKAT

antara subtopik yang ada dalam bab 1 : Masyarakat  :)

Tuesday, 29 May 2012

Hierarki di England dan Jepun




Ciri-ciri Daimyo


okay , daimyo ada 3 . Iaitu DAIMYO FUDAI , DAIMYO SHIMPAN & DAIMYO TOZAMA .
  • Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran di Jepun.Mereka bermula dengan status primus inter pares, iaitu hanya dikenali sebagai ketua yang popular dalam kalangan pahlawan.

  • Daimyo dibantu oleh kelas pegawai pentadbir & pegawai tentera yang membentuk pemerintahan kecil di istana pusat daimyo & hidup dengan tanah warisan/gaji yang diberikan kepada mereka.

  • Disebabkan hak istimewa & keadaan pada zaman itu , kebanyakan daimyo membangunkan kekuatan tentera di daerah kekuasaan mereka.

  • Ada antara daimyo lebih berkuasa sehingga menakluk beberapa wilayah lain, membangunkan keupayaan berperang dengan menjadikan golongan petani sebagai tulang belakang kehidupan ekonomi , & bekalan tenaga ketenteraan.Malahan , mereka mendapat sokongan daripada pedagang yang menyediakan alat pengangkutan semasa perang .

Rajah dibawah menunjukkan ciri-ciri ketiga-tiga daimyo:

KLIK gambar untuk besarkan :)

Monday, 28 May 2012

Nota Sejarah STPM Penggal 1 - BAB 1 MASYARAKAT

Bab ini membincangkan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal sehingga masyarakat industri.Antara topik yang dibincangkan termasuklah masyarakat feudal , masyarakat agraria , masyarakat maritim dan masyarakat industri.


1.1 MASYARAKAT FEUDAL


Pengenalan


Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai :


  • Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat     dengan aturan & cara tertentu atau pergaulan hidup.
  • Dari segi bahasa : komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu.
  • Dari segi istilah : masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup & keseluruhan hubungan sosial.
  • Masyarakat juga dapat menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara.


Pengertian
  
  • Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik       tempatan yang ditadbir oleh individu-individu tertentu & bukan wakil leh kerajaan pusat.
  • Feudalisme mengikut KAMUS DEWAN bermaksud susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat (hierarki)
  • Struktur masyarakat feudal terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan yang MEMERINTAH dan golongan yang DIPERINTAH.
  • Masyarakat Feudal mempunyai timbal balik dua hala antara kedua lapisan ini.
  • Masyarakat Feudal terdapat dalam sejarah England , Asia Tenggara , Jepun dan China.
Faktor kemunculan sistem Feudal di Eropah

1)Keperluan mendapatkan perlindungan.
  • Pada Zaman Pertengahan Awal , kehidupan masyarakat sukar kerana berlakunya serangan dan rompakan oleh orang Gasar.
  • Serangan ini menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan.
  • Maka, hubungan masyarakat dengan dunia luar terputus.
  • Apabila masyarakat diserang oleh raja-raja orang Gasar , mereka : 
    -sukarela memberi penghormatan kepada wakil raja-raja     orang Gasar kerana mereka mendapat perlindungan daripada musuh & dapat meneruskan kehidupan.
  • Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi :
    -Rakyat menyerahkan tanah & diri mereka kepada lords.
    -Rakyat berjanji akan menyerahkan sebahagian tanaman & menjadi tenaga tentera kepada lords.
  • Dalam masa yang sama , tuan-tuan tanah mempunyai musuh dengan tuan-tuan tanah yang lain . Maka mereka :
    -Memerlukan perlindungan.
    -Mereka(tuan-tuan tanah) mahukan golongan bangsawan berkuasa ke atas tanah anak-anak buah dan hamba-hambanya.
  • Bagi tuan-tuan tanah yg memiliki tanah-tanah daripada raja atau duke disebut sebagai tenants in chief(ketua penyewa).Mereka :-memberikan sebahagian tanah kepada orang lain untuk disewakan & diusahakan.-Mereka akan menerima kesetiaan daripada penyewa tersebut.
2) Pengaruh Rom
  • Pada akhir pemerintahan empayar Rom , ramai golongan bangsawan yang berpengaruh telah mengambil alih pentadbiran tempatan.
  • golongan bangsawan ini akan menjalankan pentadbiran , perundangan , dan mengutip cukai.
  • Para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi hanya untuk mendapatkan keselamatan.
  • Maka, ramai petani yang memberikan tanah-tanah merka kepada tuan-tuan utama(magnates)
  • Tanah-tanah ini disatukan menjadi estet.
  • Sebagai ganti rugi, lord akan membenarkan petani menggunakan tanah mereka seumur hidup.Perjanjian ini dikenali sebagai precarium.
  • Pajakan precarium ini lebih rendah bebannya berbanding dengan cukai yang dikenakan oleh Rom.
  • Satu lagi amalan masyarakat Rom yang menyumbang kepada feudalisme ialah amalan patrocinium. Berdasarkan amalan ini :
    - Masyarakat/rakyat miskin dibenarkan bekerja untuk golongan bangsawan yang berpengaruh bagi menyara kehidupan mereka.
    -Tentera-tentera persendirian mula terbentuk bagi menjaga keselamatan golongan bangsawan & petani.
  • Petani-petani yang mengusahakan estet-estet Rom mula bersatu dengan petani yang memegang pajakan patrocinium. Perubahan masa telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini menjadi serf.

3)Pengaruh Jerman
  • Kebanjiran puak Jerman di Eropah pada Zaman Pertengahan Awal turut sama membawa amalan yang mereka amalkan di Jerman :
    -Mereka membawa sistem lord/vassal yang dipanggil comitatus.
    -Sistem ini adalah sama dengan amalan patrocinium & pemerintah Jerman atau herzog telah menyediakan makanan dan senjata kepada orangnya.
  • Tentera-tentera Jerman ini memberi naungan kepada patron-patron Rom & membentuk tentera persendirian besar yang dipanggil bucellarians. Hubungan yang wujud disebut feudal.

Ciri-ciri masyarakat Feudal
  1. Susunan masyarakat secara berperingkat
    - Susunan terbahagi kepada PEMERINTAH dan yang DIPERINTAH.
    ENGLAND : kedudukan paling atas ialah raja diikuti golongan    bangsawan/tuan tanah(baron), ahli agama dan petani(serf)
    JEPUN : terdapat raja , shogun , daimyo , samurai , petani,tukang dan pedagang .
  2. Hubungan dua hala(timbal balas)
    - Terdapat hubungan dua hala antara raja & bangsawan.
    - Raja memberi perlindungan kepada pengikutnya(vassal) & pengikut memberi kestiaan & khidmat kepada raja.
    -
    Contoh : ketika raja memerlukan bantuan ketenteraan maka golongan bangsawan akan membekalkan tentera. Begitu juga dengan cukai/ufti diberikan oleh golongan penduduk kepada raja.
  3. Hubungan petani dengan tuan tanah
    - Apabila empayar Rom runtuh , kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah musnah .
    - Dalam keadaan tidak selamat , petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
    - Sebagai tukaran , petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.
    - Golongan petani yang tidak berkemampuan terpaksa menyerah tanah kepada tuan tanah dan menjadi hamba kepada tuan tanah.
    - Jika tuan tanah berperang dengan tuan tanah yang lain , petani akan menjadi askar membantu tuan tanah mereka.
  4. Kuasa Raja
    ENGLAND
     :

    - Kuasa politik raja terhad kerana terpaksa kongsi kuasa dengan bangsawan.
    - Kuasa golongan bangsawan bergantung pada pengaruhnya di wilayah yang dikuasai .
    - Pertentangan sering berlaku antara raja dengan golongan bangsawan , apabila raja mahu mengurangkan kuasa golongan bangsawan .

    JEPUN :
    - Maharaja tidak mempunyai kuasa politik .
    - Maharaja ditempatkan di Kyoto . (pusat pentadbiran terletak di Edo )
    - Maharaja ditempatkan di Kyoto.
    - Pemegang kuasa sebenar ialah Shogun yang tinggal di Edo.
    - Shogun memerintah secara langsung melalui daimyo & mengamalkan dasar pecah perintah.
    - Daimyo ada 3 tau iaitu : DAIMYO FUDAI , DAIMYO SHIMPAN , DAIMYO TOZAMA .
  5. Tentera/Peperangan
    ENGLAND :

    - Peperangan kerap berlaku antara bangsawan yang melibatkan wilayah berbeza.
    - Petani menjadi tentera membantu bangsawan wilayah mereka.
    -Jika raja memerlukan tentera, bangsawan akan membekalkan petani(serf) kepada raja.

    JEPUN :

    -Samurai adalah golongan yang membantu daimyo yang menaungi mereka .
    - Mereka menjadi tentera kerajaan.
    - Tidak dibenarkan kerja lain semasa keamanan.
  6. Kedudukan lapisan bawah

    ENGLAND :
    - Petani pada kedudukan rendah di England
    - Ada yang menjadi tukang , menghasilkan alatan perang & perabot.


    JEPUN :

    - Petani pada kedudukan yang paling dipandang mulia kerana menghasilkan makanan
    - Membayar hasil 40-50% kepada daimyo.
    - Petani lebih tinggi status daripada artisan & pedagang kerana Jepun negara pertanian & mengamalkan dasar tutup pintu.





    p/s :
    Nota ni aku buat dengan merujuk kepada :

    -nota yang cikgu kasi yakni diberi oleh cikgu sejarah aku ; Puan Rasidah  (thanks cikgu)
    -buku sejarah : TEKS STPM SEJARAH PRA-U Penggal 1 ; terbitan PELANGI ..





 



Sukatan Pelajaran SEJARAH STPM Baharu Penggal 1

pssttt !! Panjang kan tajuk entri ni? maaf , hehe :P

okay ..ni sukatan pelajaran SEJARAH Penggal 1 ! kalau nak tau sukatan utuk penggal 2 & penggal 3 sila klik SINI

klik gambaq untuk besaqkan :)

klik gambaq untuk besaqkan :)

klik gambaq untuk besaqkan :)

klik gambaq untuk besaqkan :)

+___+




Cuti Cuti Form6 Arghhh ~


Ades ,

Sejak dah kembali bersekolah ni , terasa pula yang cuti kali ni sangat bermakna .. Al maklumlah , aku kan dah jadi budak sekolah balik . Oh yeah , I'm so proud bebeh *.*


erm ^.^ sekolah baru aku ,  "SMK DR BURHANUDIN" .. 
Seronok juga sekolah ni , walaupun ada 'suara-suara' yang meng condemn ex-convent girls kat sini .. *gila hancos ayat aku*
Tapi biaq pi lahh .. biarlah apa orang nak kata kat kitaorang apa pun sebab bukan semua ex-convent girls macam tu sih T__T *pasrah*

Each person have their own stories , mungkin ada sebab kenapa kami dikecam sedemikian rupa oleh pihak tersebut ..mungkin ada pelajar convent buat perkara yang kurang menyenangkan hati pihak terbabitlah kut .. huhu .. 

Aku baru beberapa minggu ja kat sekolah ni , banyak yang aku tak tau ..

Aku harap perjalanan hidup aku kat sekolah ni berjalan lancar .. so far setakat ni aku tengok cikgu-cikgu kat sini bagus-bagus ^^
Seronok dapat rasa suasana kat sekolah baru ..
Dah genap 11 tahun aku sekolah kat Convent (include sekolah rendah & menengah).. inilah pertama kali aku pi belajaq kat sekolah baru.. memang aku ada 'culture shock' jugak ar .. 
aku tak biasa lagi dengan adanya kaum Adam selain family kat sekeliling aku , serius ..aku SANGAT takut .. rasa macam nak menangis pun ada .. ermm .. tak tau lah sampai bila trauma aku terhadap kaum Adam nak berterusan nih (_ _") . HUHU .

Tapi syukur , Alhamdulillah .. 
kat kelas aku pelajar lelaki sikit ja , dalam unit beruniform pula yakni PISPA aku dibawah unit AMBULAN dan tiada kaum lelaki langsung dalam unit ni .. seronok giler.. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku , betapa seronok dan bersyukurnya aku! ^^
untuk permainan pula , BOLA JARING .. hehe , memang dah terang benderang lah tak ada lelaki . syukur ! ^^
Terima Kasih ya Allah :')

kat sekolah ni aku masuk kelas yang ada pakej sejarah ..
nama kelas yang diberi ialah RAHIM KAJAI , cewah . sodap kan ? hehe >.< kelas 605 ..
huaaa .. pakej-pakej kat semua kelas ni ada subjek EKONOMI & subjek ini adalah WAJIB di sekolah ni kecuali kelas aliran sains lah ..

antara pakej subjek yang terdapat didalam setiap kelas adalah :

601 MUSZAPHAR  : PAM , BIO , KIMIA , MATHS T
602 BURHANUDIN : PAM , PP , EKO , MATHS S

603 UNGKU AZIZ : PAM , PP , EKO , AKAUN
604 ZA'BA      : PAM , PP , EKO , BM
605 RAHIM KAJAI: PAM , BM , EKO , SEJARAH (woot woot , my class!)
 

Eceh , dah macam tulis laporan lah pulak aku ni . Hehe :P

FUH !! Aku harap permohonan aku untuk masuk ke asrama kat sekolah ni diluluskan lah .. sedap je aku kena perli dengan pekerja kat pejabat asrama tu masa aku nak pi hantaq borang permohonan asrama .. dia kata rumah aku punyalah dekat dengan sekolah , itupun nak masuk asrama lagi kah ? HUHU ..
memang ar rumah aku dekat , boleh jalan kaki kut pi sekolah tapi aku dah belajaq dari pengalaman sebelum ni .. aku tak boleh lagilah nak belajar kat rumah macam waktu SPM dulu ..
sekarang ni aku kena duduki lagi satu peperiksaan besar iaitu STPM !! kalau dok rumah aku banyak main-main lah :(
lagipun aku tengok adik aku AIN , prestasi akademik dia semakin meningkat sejak dia dok asrama , CEWAH ! :P



lagi satu yang best kat sekolah ni kan , tiap-tiap hari aku akan rasa bersemangat nak belajar sebab aku rasa macam 'dekat' dengan cita-cita aku .. susah lah nak explain macam mana perasaan ni .. sebab aku nak jadi guru Pendidikan Khas , and kat sekolah ni ada kelas Pendidikan Khas .. semenjak aku jejak kaki kat sekolah ni , setiap hari masa bersekolah aku akan nampak pelajar-pelajar Pendidikan Khas .. rasa syahdu sih , aku rasa semakin bersemangat untuk capai cita-cita aku ..^^

Hehe , sebelum pi roll call aku mesti tunggu budak India Down Syndrome lalu depan aku dulu , pastu baru aku pi tempat roll call .. bhahaha , dasat tak? :P
Tiap-tiap hari aku bertembung dengan budak ni .. teringat pulak kat adik sedara aku .

Oh ye , terkejut jugak aku tengok abang Aras pun ada kat sini .. aku tak sangka pula dia kerja kat sekolah ni .. em , aku rasa dia tak cam aku pun walaupun aku duk betul-betul depan dia hari tu ..HUHU .. cayalah abang Aras , bisu tak bermakna tiada peluang untuk bekerja sih ! all the best for you bro!:D
peluang pekerjaan untuk golongan OKU patut diperluaskan lagi ..sedih kut baca paper hari tu ada sorang OKU ni langsung tak berpeluang nak bekerja sebab keadaan diri dia yang OKU tu .. aku tak paham betullah kenapa sesetengah sektor pekerjaan ni tak bagi peluang langsung untuk golongan OKU bekerja .. golongan OKU ramai yang serba boleh dah ada yang lebih rajin serta berkebolehan berbanding golongan yang normal nih ! 

26 Mei(sabtu) baru-baru ni , ada kem perdana ^^ .. ada memanah , naik ATV (ATV ke AVT eh? entahla :P) , flying fox , rock climbing and lagi satu tu aku tak ingat .. ada lompat2 terjun dari atas?? eh , pelik je ayat aku ni =.="


huu .. buku !!! huaaa .. aku baru dapat tau yang batch form6 yg lahir tahun 1994 ni tak dapat voucer RM200 rupenyer :(

maybe dapat next year .. huhu .. dahlah sistem modular , buku2 pun ikut penggal ler .. aku baru beli sejarah ja .. yang len tak beli pun lagi .. huaa .. sedihlah .. harap2 dapat beli semua buku yang untuk penggal 1 ni .. T.T


hmm ! cuti ni memang kena refresh minda ar , dah tak boleh malas2 macam dulu lagi masa time SPM! dahlah November ni exam penggal 1 .. fuh ! lagi berapa bulan ja lagi .


D - DOA
U - USAHA
I - IKHTIAR
T - TAWAKAL

Ya Allah , berilah aku dan rakan-rakanku kejayaan didalam STPM . AMIN .


p/s: i LOVE form 6 ! :DD

Thursday, 3 May 2012

Tingkatan 6



Aha , aku dapat tingkatan enam . 
Mula-mula aku tengok semakan tawaran ke tingkatan enam ni , perasaan aku macam berbaur jugak lah . Patutkah aku terima tawaran ni? 50-50 kot perasaan aku .. separuh hati aku kata aku patut pergi dan separuh lagi kata tak payahlah pergi..

Actually , lepas beberapa bulan selepas SPM dan pemergian opah , banyak benda jadi kat aku dan banyak perkara juga yang membuka mata aku ni..banyak yang aku belajar dari sekeliling aku..antaranya adalah tentang STPM..

Tingkatan enam. Sebenarnya aku kurang tahu dan kurang pendedahan sikit tentang tingkatan 6 ni..selalunya aku dengar suara-suara sumbanglah tentang tingkatan 6 ni dulu ..antaranya :

-tingkatan 6 buang masa
-kena pakai baju sekolah balik (dah bosan pakai baju sekolah) 
-stpm susah giler !!
-budak tingkatan 6 ni mesti budak-budak yang SPM dapat teruk ataupun budak-budak yang tak dapat masuk U la tu..

inilah antara suara-suara sumbang yang selalu aku dengar tentang tingkatan 6 . Aku rasa macam pelik jugaklah .. kenapa ramai yang pandang rendah kat pelajar tingkatan 6?aku tabik giler lah kat pelajar tingkatan 6 ni..tabah betul depa berhadapan dengan tomahan-tohmahan sekeliling masyarakat yang memandang sipi terhadap tingkatan 6..dan aku tengok pelajar-pelajar tingkatan 6 ni macam smart ja.. (masa aku sekolah convent dulu ar)

 aku sebenarnya tak tahulah sangat pasal tingkatan 6.. sebab nak tahu lagi mendalam ..aku pun search lah kat internet and tanya budak-budak tingkatan 6 sendiri .
Dan......

Belajar kat mana-mana pun susah , semuanya perlukan usaha..


ramai orang dok kata .. 

"STPM susah giler , memang kau kena struggle lah kalau masuk Form 6!"

Habis tu, dekat U , Matrik segala bagai tu nanti tak payah struggle lah?

Dalam hidup ni , mana ada benda yang senang. Even kita nak suap makanan pun susah.. mana ada orang terus2 lahir terus boleh makan makanan sendiri, boleh terus berjalan dan sebagainya..

semua benda kita buat kena usaha .. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:

 “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” 
(Ar-Ra’du:11) 

Samalah kalau kita belajar untuk diploma , matrikulasi , politeknik  dan sebagainya .. semuanya perlukan usaha..kenalah rajin .. adat belajar , mana ada belajar yang senang . Tak percaya? Habis tu awat masa SPM dulu kebanyakan pelajaq dok pulun baca buku segala bagai? kalau senang kenapa baca sekali ja buku tu tak dapat masuk otak jugak? kalau yang genius tu , lain ceritalah .. huh .. -______-


Kelebihan Tingkatan 6

Aku tak berapa pandai nak hurai . Tapi antara sebab aku bertambah yakin nak masuk tingkatan 6 adalah selepas aku baca entri kat SINI

Aku baca comment2 kat situ and ... WOWWW!! Terbeliak bijik mata ku beb . Huaaa.. Lagilah aku yakin nak masuk form 6 !! 

Entri ni pun sama gak ar , klik SINI

takpelah , nak hurai jugak sikit walaupun blog2 lain dah terangkan kelebihan tingkatan 6..hehe..

ANTARANYA :

  • STPM 2012 da tukar format baru !!Lebih mudah!Nak tahu lebih lanjut , baca kat SINI .. 
  • lebih jimat masa berbanding diploma dan matrik , tempoh masa pengajian form6 hanya 1 tahun 6 bulan...kalau ikut sistem baru kiranya 3 semester lah..
  • Tiket utama untuk menyambung ijazah di IPT 
  • jimat duit , sekarang yuran free.
  • pakai baju sekolah? bukan hal besar .. best apa , jimat sikit daripada kita pakai melaram segala bagai.
  • Peluang ke ijazah : LULUS 2.8 KE ATAS
  • Taraf sijil STPM : A-LEVEL
    (Sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan.
    Dapat memohon jawatan diploma.
    Ianya diiktiraf bagi kemasukan unuversiti di serata dunia.)
  • Kiraan pointer :  2.8 ke atas, Pointer nak masuk universiti guna STPM tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma.
  • Kejayaan dalam STPM :  Berpeluang melanjutkan pengajian ke IPT yang bertaraf seperti UKM, UTM, & lain – lain.
Pengalaman : Lebih berpengalaman apbila tiba di Universiti
  1. Pengalaman memegang jawatan di sekolah
  2. Pengalaman dalam presentation
  3. Pengalaman membaca bahan bacaan yang banyak
  4. Pengalaman berdikari tanpa bantuan guru sepenuhnya

banyak lagi kelebihan .. aku malas nak taip .. baca SINI


Sebab aku nak masuk Tingkatan 6 (secara peribadi)

Setelah berfikir masak2 menggunakan akal , bukannya hati .. :

Aku sedar yang aku bukan anak orang kaya.Kalau aku masuk form6 ringan sikit beban mak bapak aku.. bila fikir balik , kalau aku masuk U lagilah banyak kos .. kos pengangkutan pergi balik ke U dari rumah dan lain2 ..ptptn lagi ,dahler ada bunga-bunga 'indah' -.- 
at least kalau form6 jimat duit sikit,yuran free sekarang..lagipun rumah aku dekat dengan sekolah yang aku dapat ni..

Aku anak sulung.Adik beradik aku kira ramai jugak ar.. sekolah2 lagi semuanya..kalau aku masuk U dalam usia muda kesian pulak kat parents aku..kalau masa sekolah pun banyak guna duit , apatah lagi kalau kat U..

result aku biasa ja , takde gagal la..and , aku rasa macam aku takkan dapat masuk U ..kalau dapat pun maybe lambat..sebab ramai yang result orang lain yang lebih gempak daripada aku..

Ramai orang sekeliling aku yang ambik STPM dapat sambung pengajian ke universiti terkemuka gak ar . macam kak sedara aku, SPM dia biasa ja, tapi dengan sijil STPM dia dapat sambung belajar ijazah dekat UM!! dahlah UM tu antara universiti yg agak payah nak masuk dan ianya antara universiti terbaik kat Asia kut kalau tak silap aku ..cikgu aku lah yg kata UM antara yang terbaik . hehe..sekarang kak sedara aku tu jadi manusia gak .. huahaha , dia cikgulah sekarang..

Sebab sekolah yang aku dapat tu ada asrama dan ada kelas pendidikan khas rupanya. Aku memang dah lama nak merasa duduk kat asrama sekolah ni dari dulu, tup2 rezeki aku dapat kat smkdb ..syok gak..hehe , and pasal kelas pendidikan khas tu , cita2 aku nak jadi guru pendidikan khas and aku langsung tak tahu menahu macam mana nak capai cita2 aku tu .. mungkin dengan cara aku masuk form6 kat sekolah tu aku dapat belajar daripada guru2 kat sana macam mana depa jadi guru pendidikan khas..

Aku rasa STPM peluang yang baik untuk lepasan SPM.Mindset masyarakat tentang STPM patut diubah.. sebenarnya STPM ni bagus..banyak kelebihan . Selepas tahu tentang kelebihan STPM , aku nekad nak ambil STPM .. biarlah orang nak kata apa .. hehe .. memang aku nak belajaq betui2 la lepaih ni..


Akhirul kalam,

Belajar kat mana2 pun perlukan usaha . ahhh !! Form6 ..
semakan UPU minggu depan .. kalau lah aku dapat , kalau lah..rasanya aku taknak pergi..aku nak form6 .. wellaa form6 :)